Monday, June 27, 2011

Follow Up Kuliah Ustaz Malik Pada Jumaat 24/June Lepas

Buku ini mengisahkan Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ukhtie adalah ketua Jama'ah Muslimin yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.                                                                     Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan dan rohani dihulurkan.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan keatasnya. tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.
Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".
Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara dan beliau tetap thabat di jalan dakwah.

p/s : bacalah buku yang bermanfaat kerana ia mempengaruhi pemikiranmu..
KALENDAR BULAN JULAI 2011

Sunday, June 26, 2011

Pemenang Badminton Junior Super Series Al-Amin 2011


1. Sekalung tahniah kepada pemenang !

2. 14 pasukan yang tidak berjaya, jangan berputus asa.

3. Alhamdulillah, semua peserta menerima sedikit cenderahati atas semangat pnyertaan.

4. Buat ibubapa atau penjaga, terima kasih atas sokongan dan kerjasama.

5. Tahniah juga kepada biro pemuda surau Al-Amin and semua pihak yang terlibat.

6. Belanjawan kasar keseluruhan sebanyak RM900.

7. Terima kasih dutch lady atas tajaan minuman air kotak.

8. Terima kasih ke atas semua yang menyumbang dan yang menyokong usaha surau Al-Amin Pangsapuri Kiambang untuk menjadikan surau kita "Mesra Remaja".

9. Pihak surau juga ingin memohon maaf sekiranya ada sebarang kelemahan, kekurangan dan kesilapan atas inisiatif ini.

10. Sekian, terima kasih.

11. Saksikan grand finale

Friday, June 10, 2011

Rumusan Kewangan Khairat Kematian Pangsapuri Kiambang June,2011



Ringkasan:

1. Keahlian terkini adalah 20% jika dianggarkan daripada jumlah 400 rumah di dalam pangsapuri kiambang.

2. Blok23 mempunyai ahli paling ramai, manakala Blok27 mempunyai ahli paling kurang.

3. Tunggakan yuran tidak berbayar meningkat dari 2009 hingga 2011
30%(2009),51%(2010),74%(2011).

4. Yuran ahli sekali seumur hidup adalah mencapai 100% bayaran.

5. Untuk laporan aktiviti khairat lengkap sila rujuk kepada pengerusi atau setiausaha surau.

6. Sebarang cadangan dan bantuan penambah-baikan khairat kematian dan peningkatan kesedaran di kalangan penduduk kiambang adalah sangat dialu-alukan.

7. Sekian, terima kasih.

Admin, blog suran Al-Amin Pangsapuri Kiambang.