Thursday, August 16, 2012

Ramadhan Di Surau AlAmin 2012


.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.Jauhkanlah kami daripada waktu lapang yang membunuh. Istiqamahkanlah kami, elakkan kami daripada futur dari jalan ini....

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita 2012 (MPP22, PeBT22, Surau AlAmin TBS)

Sedikit usaha MPP22, PeBT22, Surau AlAmin TBS pada 28/July/2012 untuk sama-sama kita mengingati kematian, hak-hak untuk mereka yang hidup dan hak-hak untuk mereka yang mati berdasarkan Sabdaan Nabi SAW.....

Hidup lawannya mati, selepas mati kemudian manusia akan dibangkit hidup semula pada hari kiamat bagi menerima balasan di atas segala amalan dan perbuatannya di dunia ini.
Sabda Nabi SAW :
عن عرو بن ميمون الأودي , رضي الله عنه , قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه إغتنم خمسا قبل خمس , شبابك قبل هرمك , وصحتك قيل سقمك , وغناك قبل فقرك , وفراغك قبل شغلك , وحياتك قبل قومك .
Ertinya : Daripada Amru Bin Maimun Al-Aidi R.A, katanya Rasulullah S.A.W ada bersabda kepada seorang, menasihatkannya : "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya keadaan yang lain, keadaan mudamu sebelum datang keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu, dan keadaan berada (kaya)mu sebelum datangnya keadaan fakir (berhajat)mu dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu, dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu. (hadis riwayat At-tirmizi).

Dan Sabda Nabi SAW lagi :
اكيس الناس اكثرهم ذكر الموت واشدهم استعدادا له اولئكهم الاكياس , ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة .
Ertinya : Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada mati serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi mati itu, mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar cerdik. Dan mereka akan pergi ke alam akhirat (alam baqa') dalam keadaan mulia di dunia dan membawa iman dan amalan yang akan memberi kemuliaan di akhirat (beramal sempurna untuk mendapat balasan di akhirat tanpa meninggal nikmatnya di dunia).
PERKARA-PERKARA YANG WAJIB TERHADAP ORANG MATI
Perkara-perkara yang wajib terhadap orang mati (fardu kifayah) empat perkara :
  1. Memandikan mayat.
  2. Mengapankannya.
  3. Sembahyang ke atasnya.
  4. Mengebumikannya.