Sunday, May 13, 2012

Bengkel Smart Solat Surau Al-Amin 2012

Alhamdulillah,
Terima kasih kepada semua yang membantu, Dutch Lady yang menganjur minuman, penderma-penderma, ibu-bapa , anak-anak, ustaz nazri, penduduk pangsapuri kiambang seterusnya muslimin dan muslimat taman bukit subang yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diberkati Allah agar kita dan zuriat kita, sama-sama dapat istiqamah mendirikan solat yang sempurna


Thursday, April 26, 2012

Teks Shalawat Ya Hana na habib Syech


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى

khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah

يَا هَنَانَا

ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam

يَاهَانَانَأ

ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah

يَاهَنَانَا

ya hana na

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام

shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami

يَا هَنَانَا

ya hana na



Friday, February 17, 2012

Kemurahan Rahmat Allah SWT

Matan Hadith:


‏عَنْ ‏ ‏ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ‏ ‏يَقُولُ ‏ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏: ‏أَرْبَعُونَ خَصْلَةً أَعْلَاهُنَّ ‏ ‏ مَنِيحَةُ الْعَنْزِ. ‏ ‏مَا مِنْ عَامِلٍ يَعْمَلُ بِخَصْلَةٍ مِنْهَا رَجَاءَ ثَوَابِهَا وَتَصْدِيقَ مَوْعُودِهَا إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهَا الْجَنَّةَ. ‏
قَالَ ‏ ‏حَسَّانُ ‏: ‏فَعَدَدْنَا مَا دُونَ ‏ ‏ مَنِيحَةِ الْعَنْزِ ‏ ‏مِنْ رَدِّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِمَاطَةِ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَنَحْوِهِ فَمَا اسْتَطَعْنَا أَنْ نَبْلُغَ خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً ‏

Terjemahan:


Daripada 'Abdullah bin 'Amru RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: "Empat puluh amalan kebajikan, yang paling tinggi sekali adalah memberi pinjam kambing betina. Tidak seorang pun yang beramal dengan satu amalan kebajikan daripadanya berserta mengharap ganjaran pahalanya dan membenarkan apa yang dijanjikan melainkan Allah akan memasukkannya dengan sebab itu ke dalam syurga".

Kata Hassan bin 'Atiyyah: "Maka kami telah cuba menghitung amalan yang lebih rendah daripada memberi pinjam kambing betina tersebut seperti membalas salam, mendoakan orang yang bersin, menjauhkan benda yang menyakiti dari laluan dan sebagainya. Namun, kami tidak mampu untuk mencapai jumlah 15 amalan kebajikan sahaja". (Riwayat al-Bukhari, no. 2438)

Syarah Hadith:

Rasulullah SAW menerangkan dalam hadith ini bahawa ada 40 amalan kebajikan yang kesemuanya amat mudah dilakukan oleh umatnya. Dan amalan-amalan tersebut setiap satunya dapat membawa orang yang mengamalkannya masuk ke dalam syurga. Amalan-amalan kebajikan yang mudah ini didahului oleh amalan yang paling tinggi sekali daripadanya iaitu memberi pinjam kambing betina dengan erti kata, memberi pinjam kambing betina kepada orang yang memerlukan untuk diperah susunya dan diminum oleh orang tersebut, atau ahli keluarganya. Setelah itu dipulangkan semula kepada tuannya tadi. Amalan bantu-membantu sebegini merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, bukan sahaja kepada manusia bahkan kepada binatang sekalipun sepertimana riwayat bahawa Allah SWT mengampunkan dosa seorang lelaki - dalam riwayat lain; seorang pelacur - dengan sebab ia memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Namun, dalam hadith ini Rasulullah SAW tidak menyebut apakah dia amalan-amalan kebajikan lain yang berjumlah sebagai bakinya sebanyak 39. Dan ianya mestilah lebih rendah berbanding amalan memberi pinjam kambing betina yang disebutkan itu. Malah salah seorang perawi hadith, Hassan bin 'Atiyyah hanya mampu menyenaraikan kurang daripada 15 amalan kebajikan sahaja. Antara hikmah Rasulullah SAW tidak menyenaraikan kesemua 40 amalan berkenaan ialah agar ia tidak menjadi 'penggalang' kepada pintu-pintu kebajikan lain yang lebih luas, dan sebagai motivasi kepada umatnya untuk terus beramal baik, walaupun dilihat sebagai kecil sahaja.

Kata Ibn Battal: Ada disampaikan kepada saya bahawa ada ulama yang telah menghitungnya dan didapati ianya lebih dari 40 amalan. Antaranya, menolong orang lain membuat sesuatu kerja, membuat kerja untuk orang yang tidak mahir, memberi bantuan tali capal yang putus, menutup aib seorang muslim, mempertahankan maruahnya, menggembirakan seorang muslim, melapangkan tempat duduk suatu majlis, memberi tunjuk kepada kebaikan, pertuturan yang baik, bercucuk tanam, bertani, memberi syafaat (bantuan melalui pengaruh seseorang), melawat orang sakit, berjabat tangan, berkasih sayang kerana Allah, benci kerana Allah, duduk bersama kerana Allah, saling berziarah, memberi nasihat, dan berkasih sayang (bersifat rahmat dan belas kasihan). Tidak dinafikan sekiranya ada perkara-perkara yang disebutkan itu dilihat oleh sesetengah ulama lain sebagai amalan kebajikan yang lebih tinggi nilainya daripada memberi pinjam kambing betina. (Lihat: Fath al-Bari)

Hadith ini telah disyarah secara terperinci oleh al-'Allamah Yusuf bin Muhammad al-Surramarri (w. 776H) di dalam kitabnya 'al-Arba'un al-Sahihah fi ma Duna Ajri al-Manihah'. 40 amalan tersebut secara ringkasnya ialah:

1. Bersifat kasihan belas, walaupun kepada binatang.
2. Saling bantu-membantu.
3. Bersedekah, walaupun sebelah biji tamar.
4. Menjauhkan benda yang menyakiti/menghalang dari laluan orang ramai.
5. Mengutamakan nafkah tanggungan lebih dari diri sendiri.
6. Menyenangkan orang yang susah.
7. Berjalan ke masjid.
8. Memohon wasilah untuk Nabi SAW, dan berselawat ke atasnya.
9. Menjaga lidah dan kemaluan.
10. Bersifat sabar.
11. Menyebarkan salam.
12. Bersifat benar dan jujur.
13. Tekun ibadah kepada Allah.
14. Mahabbah kepada para nabi AS dan para solihin.
15. Menjauhi permusuhan/pertelingkahan.
16. Menziarahi orang sakit.
17. Bersyukur atas rezeki.
18. Bersikap tolak ansur dan berhati mulia.
19. Mengiringi jenazah.
20. Takut kepada Allah.
21. Bersifat qana'ah (berpada dengan yang ada).
22. Bersifat lemah-lembut dan sopan.
23. Bersifat kasih sayang (rahmat).
24. Berakhlak mulia.
25. Mendampingi ahli zikir/orang soleh.
26. Bersifat adil, tidak zalim.
27. Bersangka baik dengan Allah Taala.
28. Bertawakkal kepada Allah.
29. Sentiasa beristighfar.
30. Berihtisab (meyakini ganjaran Allah) terhadap segala musibah.
31. Menjauhi hasad dengki.
32. Memberi tunjuk kepada kebaikan.
33. Membenci kemungkaran, walaupun dengan hati.
34. Mengucap 'amin' bersama imam.
35. Menggembirakan orang lain, termasuk memberi makan kepada orang.
36. Tekun dengan amalan-amalan sunat.
37. Menyukai sesuatu untuk saudaranya sepertimana yang ia sukai untuk dirinya sendiri.
38. Bersifat tawaduk/rendah diri.
39. Berniat mati syahid.
40. Disebut-sebut sebagai orang baik oleh orang lain.

Maksud 'memberi pinjam kambing betina' dalam hadith di atas juga dapat diterjemahkan sebagai memberi pinjam sebarang bentuk manfaat yang dapat dimanfaatkan oleh orang yang diberi pinjam. Ini bersesuaian dengan situasi semasa pada hari ini, seperti memberi pinjam motosikal, komputer, telefon dan sebagainya. Wallahu a'lam.

Saturday, February 11, 2012

Pelawaan untuk infaq bagi tujuan usaha baikpulih Surau Al-Amin TBS.





Penduduk Kiambang dan orang ramai adalah dipelawa untuk melakukan infaq harta ke jalan Allah dengan menyumbang untuk membantu dan menyokong usaha baikpulih Surau Al-Amin, Pangsapuri Kiambang, Taman Bukit Subang. Sehingga kini, madrasah tersebut masih lagi digunakan sebagai tempat menimba ilmu dan beribadat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Sumbangan yang diberikan adalah diperlukan untuk baik-pulih atap yang bocor, pendawaian elektrik, awning yang rosak dll di samping menyokong segala aktiviti-aktiviti keilmuan dan ibadah di madrasah tersebut.

Sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun bank Surau Al-Amin seperti berikut:

No. Akaun Bank Islam : 1203-8010051542

Sunday, January 8, 2012

Kelebihan Solat Berjamaah

Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjamaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjamaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.


Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai shalat beliau bertanya: “Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab, “Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya’ dan subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada dalam dua solat tersebut, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Saf (barisan) pertama adalah seperti safnya para Malaikat, seandainya kalian mengetahui keutamaannya niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, solatnya seseorang bersama dua orang adalah lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan solatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia solat sendirian, semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.” (HR Ahmad,)


KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SECARA BERJAMAAH

    Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
    Diangkat siksa kuburnya.
    Surat Catatan amalannya diserah kepadanya  dengan tangan kanan.
    Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
    Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

Sunday, January 1, 2012

Soalan Yang Ditanya Di Padang Mahsyar

Tarikh: Nov 07, 2008
Riwayat: Riwayat al-Tirmizi
Kategori: Akidah
Hadith:

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?''
Huraian Hadith:
1. Setiap orang akan disoal oleh Allah sebelum dimasuk ke syurga atau neraka
2. Ini menunjukkan kehidupan di dunia amat penting dan jangan disia-siakan usia yang ada
3. beramallah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang Allah.

Friday, November 25, 2011

10 jenis Solat yang tidak diterima oleh Allah s.w.t

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Petikan dari: Kitab Bidayatul Hidayah
Karangan: Imam Al Ghazali.


Khalid bin Ma'dan meminta kepada Muaz supaya menceritakan kepadanya sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Rasulullah s.a.w.

Muaz berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku.
Wahai Muaz, sebenarnya aku ingin menceritakan kepada kamu sebuah hadis. Jika kamu mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat kepada engkau disisi ALLAH tetapi jika engkau mensia-siakan dan tidak memeliharanya, maka akan terputus hujjahmu di hadapan ALLAH di hari kiamat nanti.
"Wahai Muaz, ALLAH telah menjadikan tujuh malaikat sebelum dijadikan tujuh petala langit dan bumi dan ditentukan pada setiap langit, satu malaikat untuk menjaga pintu langit tersebut

______________________________________________

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang dilakukanmulai pagi sampai ke petang yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Apabila sampai ke langit pertama, malaikat yang menjaga langit pertama berkata; "Pukulkan amalan ini kemukanya. Akulah yang menjaga [size=medium]Ghiibah (mengumpat)[/size]. ALLAH telah memerintahkan aku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat orang lain melalui aku intuk naik ke atas."

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang disangka sangat baik dan banyak. Malaikat itu berjaya melepasi langit pertama kerana tiada Ghiibah, sampai ke langit kedua.
Malaikat yang menjaga langit kedua berkata; " Balingkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia melakukannya [size=medium]untuk mendapat keuntungan dunia dan suka membesarkan diri di majlis orang ramai[/size]."

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang dan puasa dan merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut dan melintasi langit pertama dan kedua. Apabila sampai sampai ke langit ketiga, malaikat yang menjaga langit ketiga memerintahkan supaya dan membalingkan amalan tersebut ke muka pengamalnya kerana pelakunya [size=medium]Takkabbur dan suka membesarkan diri[/size].

Malaikat Hafazah membawa amalan sorang hamba bersinar seperti bintang dilangit, tasbih , sembahyang, puasa, haji dan umrah dan berjaya sampai ke langit ke empat. Beliau diperintahkan berhenti dan mebalingkan kemuka, kebelakang dan perut pengamalnya kerana pengamalnya melakukan dengan [size=medium]dorongan perasaan Ujub terhadap diri sendiri[/size].

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba dan berjaya sampai ke pintu langit yang ke lima. Amalannya seperti mengarak pengantin kerana berseri-seri tetapi malaikat yang menjaga langit ke lima memerintahkan supaya dibaling ke muka pengamalnya kerana ia sangat [size=medium]Hasad terhadap orang lain[/size] yang melakukan sebarang kelebihan darinya.

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba bercahaya seperti cahaya bulan purnama daripada sembahyang, zakat haji, umrah, jihad dan puasa sampai langit ke enam. Tetapi diperintahkan kepada malaikat Hafazah membalingkan ke muka pengamalnya kerana [size=medium]tidak belas kasihan pada hamba Allah yang ditimpa bala' dan kesusahan dan merasa gembira dengan bencana tersebut.[/size]

Malaikat Hafazah membawa amalan seorang hamba, seperti sembahyang puasa, nafkah, jihat dan wara'. Amalan zikirnya seperti bunyi lebah dan bercahaya seperti cahaya matahari dan naik bersertanya tiga ribu malaikat dan berjaya sampai langit ke tujuh, tetapi diperintahkan pukul ke muka pengamalnya dan seluruh anggota badannya kerana pengamalnya beramal [size=medium]bukan mencari redha Allah tetapi kerana ria'[/size] dan supaya namanya disebut-sebut dan masyhur.

Kemudian Malaikat Hafazah membawa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah. akhlak mulia, banyak berdiam diri dan banyak berzikir. Amalan tersebut diusung oleh para Malaikat yang menjaya tujuh petala langit dan melepasi segala halangan dan berhenti di hadapan Allah. Lalu Allah berfirman, kamu adalah bertugas menjaga amalan hamba ini tapi aku lebih mengetahui segala isihatinya. [size=medium]Dia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dalam amalan tersebut dan menghendaki sesuatu yang lain daripada Aku.. maka Aku turunkan laknat Ku keatasnya[/size], lalu dijawab oleh Malaikat, keatas laknat Mu dan laknat kami.
______________________________________________

Mendengar yang demikian Muaz menangis dan berkata Engkau adalah Rasulullah sedangkan aku adalah hamba biasa dan bukan Rasul, bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.
Maka Rasulullah menjawab.

- Hendaklah kau ikut aku walaupun dengan sedikit amalan.
- Jaga lidahmu dari mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan ulama').
- Pertanggungkanlah segala dosamu keatasmu.
- Jangan menganggap dirimu bersih.
- Jangan mencela orang lain dan memuji dirimu dihadapan mereka.
- Jangan campur urusan dunia dalam urusan akhirat.
- Jangan engkau menyombong diri dalam majlismu nanti orang akan takut kepada mu kerana kejahatanmu.
- Jangan kau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu.
- Jangan kau membesar diri maka akan terputus daripadamu segala kebaikan dunia dan akhirat.

Muaz bertanya siapakah orang yang mampu melaksanakan perkara yang tuan sebut dan siapakah yang akan selamat daripada seksa itu. Rasulullah menjawab, sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah.