Monday, June 27, 2011

Follow Up Kuliah Ustaz Malik Pada Jumaat 24/June Lepas

Buku ini mengisahkan Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ukhtie adalah ketua Jama'ah Muslimin yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.                                                                     Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan dan rohani dihulurkan.

Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan keatasnya. tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.
Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".
Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara dan beliau tetap thabat di jalan dakwah.

p/s : bacalah buku yang bermanfaat kerana ia mempengaruhi pemikiranmu..

No comments:

Post a Comment