Thursday, July 28, 2011

Antara Kelebihan Bulan Ramadhan Ialah;

عن ابي هريره قال قال رسول الله (ص) اعطيت امتي خمس خصال في رمضان لم تعطهن امة قبلهم خلوف فم الصائم اطيب عند الله من ريح المسك وتستغفر لهم الحيتان حتى يفطروا. ويزين الله عزوجل كل يوم جنته ثم يقول يوشك عبادي الصالحون ان يلقوا عنهم المؤنة ويصيروا اليك وتصفد فيه مردة الشياطين فلا يخلصوا فيه الى ما كانوا يخلصوا اليه في غيره ويغفرلهم في اخر ليله قيل يا رسول الله اهى ليلة القدر قال لا ولكن العامل انما يوفى اجره اذا قضى عمله.
 
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



Berikut beberapa hadith juga yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan semoga mendapat keberkatannya :

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." -Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."-Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi


Dan Abu Hurairah telah berkata lagi : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Marilah kita semua byk2kan beramal dan beribadat dlm bulan yang cukup mulia ini..Mudah2an kt semua mendapat keberkatan,keredhaan dan keampunan dari Allah S.W.T. Dan paling penting termasuk dalam golongan hambanya yang soleh...insyaAllah..;)

No comments:

Post a Comment