Friday, August 26, 2011

bersanggul tinggi dan berpakaian tapi telanjang

INI DI AMIK DARI 40 HADIS AKHIR ZAMAN...

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:..

Daripada
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan
yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka.
...Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor
Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang
berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan,
menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka)
bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya.
Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang
sangat jauh daripadanya".H.R. Muslim

Keterangan

Kebenaran
sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat
yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan
cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.
Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.
Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih
ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan
secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.

Atau pun ia
berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna
kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil
menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.Kedua-dua
golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat
mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

 

 

Sabda Nabi S.A.W.




...


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya:
‘Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka,
(iaitulah) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang
mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian
tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut
mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan
tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium
dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)



Kaum yang memiliki pemukul adalah golongan yang memukul manusia tanpa sebab yang dibenarkan oleh Syara’.





Manakala perkataan kasiyaat ‘ariyaat (berpakaian tetapi bertelanjang) ditafsirkan oleh para ulama sebagai:


Wanita
yang menerima nikmat-nikmat daripada Allah tetapi tidak bersyukur.

Dia
tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak meninggalkan maksiat
dan keburukan dalam keadaan dia menerima nikmat yang berupa harta dan
selainnya.

Hadith
juga membawa maksud wanita-wanita yang berpakaian yang tidak menutup
auratnya disebabkan nipis atau pendek pakaiannya, maka ia tidak
memenuhi maksud berpakaian menutup aurat.




Manakala perkataan ma-ilaat (مائلات) pula membawa maksud:



Cenderong kepada maksiat dan perkara-perkara keji, dan mengurangkan kefardhuan seperti solat dan seumpamanya.





Mumilaat (مميلات) pula ialah:



Menyeru
orang lain kepada kejahatan dan kerosakan. Dengan perkataan dan
perbuatan, mereka memalingkan orang lain kepada kejahatan dan maksiat

 Kewajipan Memakai Hijab Bagi Muslimah


Tentang kewajipan memakai hijab bagi seorang muslimah, dan bagaimana sifat hijab yang dikehendaki syarak.
a. Definisi Hijab
Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.

b. Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
2. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)
Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

c. Cara Pemakaian Hijab
Dalam tajuk ini, akan dibincangkan bagaimana ciri-ciri hijab seorang muslimah yang ditetapkan oleh syarak. Adakah diwajibkan menuntup keseluruhan badan termasuk muka dan tapak tangan ataupun memadai dengan memakai tudung labuh yang mendedahkan muka.
Di sini akan dibawakan pendapat ulama dan dalil yang menjadi sandaran mereka.
• Pendapat ulama
Terdapat dua pendapat ulama dalam masalah ini;
i) Pendapat pertama
Seluruh badan wanita adalah aurat, maka diwajibkan mereka menutupnya termasuk muka dan tangan. Mendedahkan mana-mana anggota tubuh mereka adalah haram kecuali dalam situasi terpaksa atau keperluan. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali.
ii) Pendapat kedua
Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan kedua tangannya. Oleh itu dibenarkan baginya mendedahkan kedua-dua anggota ini. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi, Malik, dan Syafie. Ia juga satu riwayat dalam mazhab Hanbali.

• Hujah
i) Hujah pendapat pertama
Mereka yang mengatakan seluruh badan wanita adalah aurat dan wajib menutupnya termasuk muka dan tangan berhujah dengan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
Penjelasan dalil
Ibnu Jarir Al-Thabari mengatakan, “Allah Taala memerintahkan isteri-isteri orang Islam apabila mereka keluar daripada rumah kerana keperluan maka hendaklah menutup muka-muka mereka daripada atas jilbab-jilbab mereka, dan hendaklah mereka menampakkan satu mata sahaja.”
Daripada Ibnu Sirin, beliau telah bertanya Ubaidah bin Al-Harith tentang ayat ini lalu beliau menjawab, “(menutup) dengan baju” lantas beliau menutup kepala dan mukanya dengan bajunya, dengan mendedahkan salah satu daripada dua matanya.
2. Firman Allah Taala:
وإذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب
Maksudnya: “Dan jika kamu ingin meminta daripada mereka sesuatu barang, maka mintalah daripada belakang tabir”. (surah Al-Ahzab: 53)
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
المرأة عورة
Maksudnya, “Perempuan adalah aurat”. Hadis riwayat Al-Tirmizi (no hadis:1173) katanya: “Ini adalah hadis hasan gharib” dan hadis ini dihukum sahih oleh Ibnu Hibban. Lihat Sahih Ibnu Hibban (hadis no:5598 ) Al-Haithami mengatakan ‘perawi-perawinya adalah dihukum thiqah’. Majmak Zawaid (2/35).
Penjelasan dalil
Hadis ini menjelaskan bahawa wanita adalah aurat, tanpa mengecualikan mana-mana anggotanya. Ini menunjukkan muka dan tangan wanita juga adalah aurat.
4. Daripada Ummu Salamah r.a. katanya: “Ketika aku duduk di sisi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersama-sama dengan Hafsah, lalu datang Ibnu Ummi Maktum meminta izin (untuk masuk), lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
احتجبا منه
Maksudnya: “Berhijablah daripadanya”. Hadis riwayat Al-Tirmizi (no hadis:2778), dan Abu Daud (no hadis:4112). Kata Al-Tirmizi, “Hasan sahih”.
5. Daripada Aisyah r.a. katanya:
كان الركبان يمرون بنا ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم محرمات فإذا جازوا بنا سدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه.
Maksudnya: “Mereka yang berkenderaan melintasi kami tatkala kami sedang berihram bersama-sama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila mereka melalui kami, maka salah seorang kami menutup mukanya dengan melabuhkan jilbab dari atas kepala. Apabila mereka telah melepasi kami, kami akan membukanya”. Hadis Riwayat Abu Daud (no hadis:1833), dan Ibnu Majah (no hadis:2935).
i) Hujah pendapat kedua
Manakala ulama yang berpendapat harus didedahkan muka dan kedua tangan berhujah dengan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka ke atas bahagian dada mereka. ” (surah Al-Nuur 31).
Penjelasan dalil
Ayat ini memberi maksud muka dan tangan wanita bukan aurat, kerana:
• Ayat ini mengecualikan ‘apa yang zahir daripadanya’. Yang dimaksudkan dengan yang zahir ini ialah muka dan tangan sebagaimana tafsiran sebahagian sahabat: Ibnu Abbas dan Aisyah, dan tafsiran beberapa tabiin seperti Atho’, Al-Dhahhak, dan Said bin Jubair.
• Ayat “hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka ke atas bahagian dada mereka” menunjukkan tidak wajib menutup muka. Kerana yang diperintahkan ialah menutup bahagian dada, bukannya muka. Ini dikuatkan lagi dengan kalimah khimar dalam Bahasa Arab bermaksud pakaian yang menutup kepala dan tengkuk, sebagaimana hadis menyebut maksudnya “Allah tidak menerima sembahyang seorang wanita yang telah haid (baligh) melainkan dengan (memakai) khimar”.
2. Daripada Aisyah r.a. katanya: “Bahawa Asma’ telah masuk kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu baginda berpaling daripadanya dan bersabda:
يا أسماء إن المرأة إذا بلغت سن المحيض لم يصلح أن يرى منها إلا هذا وهذا
Maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita apabila telah mencapai umur haid (baligh) maka tidak harus diperlihatkan daripadanya kecuali ini dan ini” sambil baginda menunjukkan ke arah muka dan dua tangannya.
Hadis riwayat Abu Daud (no hadis:4104)
3. Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya:
سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن نظرة الفجأة فأمرني أن أصرف بصري
Maksudnya: “Aku bertanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang pendangan (terhadap wanita) secara tiba-tiba, lalu baginda memerintahkan aku supaya memalingkan pandangan”. Hadis riwayat Muslim (no hadis:1699)
Penjelasan dalil
Hadis ini menunjukkan bahawa muka wanita bukan aurat. Al-Qadhi Iyadh berkata “Ulama mengatakan di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa tidak wajib bagi wanita menutup mukanya ketika berjalan. Ia cuma satu amalan sunat yang digalakkan”.
Kesimpulan
Inilah ringkasan pendapat ulama beserta dalil-dalil mereka di dalam masalah menentukan aurat wanita. Didapati khilaf di dalam masalah ini adalah khilaf yang agak kuat, dan setiap pendapat mempunyai hujah tersendiri.
Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa (Lajnah Daimah lil Buhuth al Ilmiyyah wal Ifta’) di dalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan, menegaskan bahawa seluruh badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup, tanpa mengecualikan tangan dan muka. Sebagai contoh, lihat fatwa no 5128.
Manakala Majmak Feqah Islami di dalam ketetapan yang dibuat di dalam persidangan yang berlangsung di Amman, Jordan pada 11-16 Oktober 1986, menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat Islam Washinton menetapkan bahawa jika tidak selamat daripada fitnah, maka wajib menutup muka dan tapak tangan. Tetapi dalam keadaan aman daripada fitnah, harus mendedahkan muka dan tapak tangan, mengikut pendapat jumhur ulama iaitu muka dan tapak tangan bukan aurat.
Namun, berpegang dengan pendapat pertama adalah lebih selamat, lebih ihtiyath dan lebih memelihara agama seorang wanita, Wallahu A’lam.

Adakah Anda Memakai Tudung Atau Adakah Anda Menutup Aurat? By Sakinah Omar


Dah lama saya nak membicarakan topik ini,tetapi sering saje dihalang oleh kekangan waktu.
Tapi hari ini saya merasakan saya perlu meluangkan sedikit masa untuk membincangkan topik ini.Jadi terpanggil apabila melihat seorang yang saya kenal meletakkan gambarnya tanpa bertudung sebagai gambar profil di Facebook.Dah menjadi satu trend baru pula apabila realiti di luar bertudung tapi di alam maya tidak.
Saya pun tak tahu adakah dia merasakan oleh kerana mata lelaki bukan mahram itu tidak di hadapan matanya maka dia boleh meletakkan gambarnya yang sebegitu rupa?
Atau mungkin juga dia tersilap upload gambar?
Saya harap sebabnya yang kedua lah.Namun yang pasti samada lelaki itu melihat secara berdepan atau kita dengan sengaja meletakkan gambar kita untuk dipertontonkan aurat kata buat mata lelaki bukan mahram,hukumnya tetap sama.HARAM!
Dan saya juga sangat kasihan kepada para wanita yang memakai tudung tapi hakikatnya tidak menutup aurat.
Kalau kita perhatikan sekarang,cukup ramai orang yang pakai tudung di mana-mana sahaja.Memakai tudung bukan lagi sesuatu yang asing dan pelik.Malah mungkin di sesetengah tempat kalau tak pakai tudung, itu yang dianggap asing dan pelik.
Tapi sayang bila ramai yang pakai tudung bukan kerana faham tuntutan syariat
Memakai tudung bukan kerana takut akan azab api neraka.
Memakai tudung bukan kerana hendakkan syurga Allah.
Tetapi yang memakai tudung kerana tuntutan tempat kerja.
Memakai tudung kerana syarat sekolah.
Memakai tudung kerana itu 'trend' terkini.
Memakai tudung untuk memikat lelaki.(Ada jugak yang macam ni?)
Memakai tudung kerana rambut putih lebih banyak dari rambut hitam.
Memakai tudung kerana rambut semakin nipis disebabkan keguguran.
Dan seribu satu alasan lain.Harap pembaca sekelian sudi meluangkan waktu kalian untuk membaca ayat-ayat berikut dan sama-sama kita bincangkan agar kita mendapat manfaat bersama.
Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Ahzab: 59 yang bermaksud :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud adalah muka dan tapak tangan sesuai dengan keterangan hadith daripada Aisya R.A yang bermaksud :
Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Jadi bagaimana cara menutup aurat mengikut syarak?
1-Menutup kawasan aurat iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangannya sehingga pergelangan.
2-Tidak menampakkan warna kulit anggota aurat. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar
3- Pakaian yang longgar serta tidak menampakkan susuk atau bentuk tubuh.
Bagaimana pula pendetailan cara bertudung?
1. Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syara‘ jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;….” (Surah an-Nur: 31)
Belahan baju itu letaknya di kawasan dada. Oleh yang demikian, tudung kepala itu hendaklah juga menutup atau menyembunyikan bahagian dada.
2. Tudung itu diperbuat daripada kain yang tidak jarang serta menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.

Bagaimana pula pakaian yang dilarang?

Selain daripada ciri menutup aurat:
1.Pakaian wanita yang dituntut oleh syara‘ hendaklah juga bukan pakaian yang khusus dipakai oleh kaum lelaki sahaja, umpamanya pakaian cara Melayu dan baju kemeja. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telahpun memberi peringatan sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat lelaki yang memakai pakaian (cara) perempuan dan (melaknat) perempuan yang memakai pakaian (cara) lelaki.”(Hadits riwayat Abu Daud).
Adapun maksud laknat itu ialah seseorang itu jauh dari rahmat dan belas kasihan Allah Ta‘ala. Bila Allah Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat ke atas seseorang itu, maka menunjukkan orang itu telah membuat suatu dosa besar dan menjadikannya seorang fasiq.
2.Pakaian yang dituntut oleh syara‘ juga ialah pakaian yang bukan dipakai untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk, kerana memakai pakaian dengan tujuan sedemikian adalah dilarang dalam Islam sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang megah ketika di dunia, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Qiamat, kemudian dinyalakan api di dalamnya(pakaian tersebut).” (Hadits riwayat Ibnu Majah).
Penutupan aurat anugerah dari Ilahi

Mungkin ramai yang rasa terbeban dengan tuntutan ini.Sedangkan Allah sebagai Pencipta lebih mengetahui kenapa ianya perlu kita laksanakan dengan rela.Dan kita sebenarnya mampu melaksanakannya.Firman Allah ;
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Surah al-A‘raaf: ayat 26)

Dengan menutup aurat,kita dapat dibezakan dari wanita yang musyrik dan kafir.
Dengan menutup aurat kita dapat menjaga kehormatan diri.
Dengan menutup aurat kita mendapat redho Ilahi.
Dengan menutup aurat,kita mengelakkan diri kita dibakar di Neraka yang abdi.(bukan syurga je yang abadi.Neraka pun.Cuma kalau masih ada iman di dada,boleh la masuk syurga.Tapi setelah disiksa habis-habisan di Neraka.Dan jangan ingat itu benda remeh!)


Jilbab: Ketahuilah Kewajipanmu Wahai Mukminah!





Ada beberapa kewajipan yang seorang Muslimah wajib penuhi dalam menutup aurat dan memakai pakaian yang memenuhi kehendak syara', Anggaplah ini sebagai ilmu baru untuk ukhti. kalau ada perkara yang tak jelas, maka tanyalah dengan hati yang terbuka.
Perintah Pertama: Batasan Aurat Wanita dan Tabarruj
Secara umumnya, kita mengetahui bahawa seorang Muslimah wajib menutup auratnya, sehingga tidak kelihatan warana kulitnya (baju transparen), tidak memakai baju yang ketat, tidak kelihatan keseluruhannya kecuali wajah dan tapak tangan. Dalilnya,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Firman Allah Swt:
Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.”
(Surah al-Ahzab ayat 33)
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Rasulullah saw juga bersabda:
Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.
Perintah Kedua: Memakai Tudung Menutup dada
Firman-firman Allah Swt:
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.” (Surah An-Nur ayat 31)
Alhamdulillah, sekiranya disampaikan penerangan kepada seorang Mu'allafah sehingga tahap ini, maka dia telah menjalankan kewajipan memakai tudung, tidak memakai pakaian ketat, tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita berhenti sehingga setakat ini, kita akan mengambil kesimpulan bahawa seorang Muslimah itu boleh sahaja mengenakan apa jua jenis pakaian asalkan memakai tudung dan memenuhi persyaratan diatas. Jadi, jika begitu boleh saja seorang Muslimah memakai Baju Kurung ataupun memakai Baju Lengan Panjang dan Seluar Panjang yang longgar jika keluar dari rumah untuk ke pasar, kampus, kerja dan lain-lain? Mari kita ikuti penjelasan selanjutnya
Perintah Ketiga: Antara Kehidupan Umum, Kehidupan Khusus, dan Jilbab
Namun, sekiranya kita meneliti dengan lebih mendalam nas-nas syara', kita akan mendapati bahawa anggapan diatas tadi merupakan anggapan yang tidak tepat.  Islam sebagai cara hidup yang lengkap mempunyai penjelasan terperinci keatas pakaian apa yang seharusnya dipakai Muslimah ketika didalam keadaan kehidupan umum mahupun khusus. Mari kita bincangkan satu persatu.
Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.
Walaubagaimanapun syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu samada Muslimah itu mahu memakai Baju Kurung atau Baju Lengan Panjang dan Seluar Panjang yang longgar atau apa jenis fesyen yang lain. Ini dijelaskan dalam firman-Nya,

wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya.
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
Ketika seorang Muslimah keluar dari kehidupan khusus (rumahnya) memasuki kehidupan umum, maka hukum pemakaian bagi Muslimah itu telah berubah.
Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab (jubah), dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: "Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.
Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian rumah atau pakaian sehari-hari] lalu dihulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Jadi, bagi sesiapa yang mendifinisikan Jilbab dan Tudung merupakan perkara yang sama, maka mereka telah melakukan kesalahan yang fatal. Maka perlu ada usaha dari masyarakat untuk membetulkan pemahaman ini.
Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub
ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].
Maka tampaklah kesalahan yang nyata bagi mereka yang menafsirkan ayat ini iaitu bagi perempuan tua yang sudah menopouse boleh saja membuka tudung mereka! MasyaALLAH.. Sesungguhnya ayat Al-Qur'an ini menjelaskan tentang pakaian bagi seorang perempuan pada asalnya termasuk tudung dan dua lapis pakaian (diluarnya Jilbab/jubah dan didalamnya adalah tsaub/pakaian didalam rumah), maka apabila seorang perempuan sudah mencapai umur menopouse, maka dia dibenarkan oleh Allah untuk memakai satu sahaja lapis pakaian, iaitu Jilbab sahaja disertai dengan tudung. Semoga masyarakat kita semakin dibersihkan daripada kekeliruan yang parah ini.
Dapat disimpulkan disini, bahawa ketika seorang Muslimah berada didalam rumah, dia boleh sahaja mengenakan apa jua jenis pakaian, seperti Blouse, Baju Kurung, Baju Lengan Panjang dan Seluar Panjang yang Longgar, dan sebagainya. Namun, apabila dia mahu keluar dari rumah, dia hendaklah menyarungkan satu lagi pakaian iaitu Jilbab/Jubah (yang luas dan longgar) disertai dengan tudung yang menutupi dada.
Panjang Jilbab
Jelas, bahawa Jilbab itu sewajibnya menutup dari atas sampai bawah, termasuk kaki.
Kalau zaman Rasulullah, para Sahabiyyah sememangnya melabuhkan sehingga mencecah tanah kerana ingin menutup kaki.

Rasul saw telah mengkhabarkan masalah panjangnya pakaian wanita dalam hadith yang disampaikan oleh Ibnu Umar, yakni:

Beliau bersabda, ”Barang siapa menghela (menyeret) pakaiannya kerana angkuh, maka Allah tidak akan sudi melihatnya pada hari kiamat.

Lantas Ummu Salamah r.a bertanya ,” Lalu, bagaimana yang mesti dilakukan kaum wanita dengan hujung bawah (dzuyul) pakaiannya ? “

Beliau menjawab ,” Hendaklah mereka (kaum wanita) menghulurkannya ke bawah, satu jengkal !”

Ummu Salamah berkata,”Kalau begitu, telapak kaki mereka terbuka jadinya. “

Rasul saw bersabda lagi,” kalau begitu hendaklah mereka menghulurkannya satu hasta (satu lengan ) dan jangan lebih dari itu.(HR. at Turmudzi, 3/47). Hadith ini sahih.

Mengenai hadith ini Imam al Baihaqiy, berkata, “ini merupakan dalil mengenai wajibnya menutupi kedua telapak kaki.” Selain itu, hadith tersebut mengandung hukum rukhshah /keringanan bagi wanita untuk menjulurkan hujung pakaiannya hingga menyeret ke tanah.
Berdasarkan penjelasan hadith ini, bahawa panjangnya pakaian wanita (jilbab) tidak hanya ‘sekadar panjang’. Kewajiban berjilbab juga tidak hanya sekadar memakai jilbab. Tapi, jilbab seharusnya juga menutupi telapak kakinya

Apakah hal ini pernah terjadi ? Ternyata, seruan bagi muslimah untuk mengulurkan jilbab sampai menyeret tanah agar menghindari tersingkapnya telapak kaki mereka, telah dipraktikkan dalam kehidupan wanita sahabiyyah di zaman Nabi dan generasi –generasi setelah mereka. Mahu buktinya?

Imam Malik dan ulama’ hadith telah meriwayatkan hadith dari Ummu Waladnya Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf,

bahawasanya ia pernah bertanya kepada Umma Salamah , isteri nabi , Sesungguhnya saya ini adalah seorang wanita yang memanjangkan hujung pakaianku, sedangkan aku berjalan di tempat yang kotor. Bagaimana ini ?”

Ummu Salamah menjawab, Rasul Saw telah bersabda , “ tempat yang sesudahnya itu telah mensucikannya .” (HR. Abu dawud)

Seorang wanita dari Bani Abdul Asyhal berkata,” aku pernah berkata, : Ya Rasulullah ! sesungguhnya jalan yang kami temui ke masjid itu berbau busuk. Lalu bagaimana yang kami lakukan jika selesai turun hujan ?

Beliau bersabda;” Bukankan setelah jalan yang berbau busuk itu ada jalan yang lebih baik / bersih darinya ? “

Aku menjawab : ”betul.”

Lalu Nabi saw bersabda:, “ Nah, yang ini sebagai penghapus yang itu. “

(HR. Abu Dawud, hadist ini sahih)
Dapat kita lihat disini bahawa para Sahabiah tidak pernah membincangkan samada boleh atau tidak pakaian itu terpotong-potong menjadi seperti baju kurung ataupun boleh tak memakai seluar panjang yang longgar, persoalan yang timbul adalah, sejauh manakah sepatutnya panjang hujung bawah Jilbabnya! Marilah kita berusaha mencontohi para Sahabiah yang terulung menjaga kesucian ad-Deenul Islam.
Tapi kalau zaman sekarang ni, kita suadah ada banyak kemudahan. Dengan adanya kasut tumit tinggi,kain tidak akan menyeret tanah lagi. Yang penting, tak menampakkan bahagian dari atas sampai ke kaki. Jadi,kalau seorang muslimah memakai kasut,tapi kainnya tidak mencecah tanah pun tak mengapa, sebab kakinya sudah ditutup oleh kasut tersebut.
Adat Penghalang?
Apabila Islam mula diperkenalkan oleh Rasulullah saw, terdapat banyak aturan-aturan Jahiliyah dan ada-adat yang songsang dibetulkan oleh Islam. Maka Apabila Allah dan Rasul mengharamkan sesuatu dan memerintahkan sesuatu yang lebih baik bagi umat ketika itu, para sahabat hanya menjawab, "sami'na wa ato'na" (kami Dengar dan kami Taat). Begitu juga apabila diharamkan Arak, yang sudah menjadi hal yang lazim bagi mereka, namun mereka tetap meninggalkannya.
Sudahkah anda membaca tentang kisah perintah Allah ketika mula-mula menyuruh para Muslimah ketika zaman Rasulullah untuk memakai khimar (tudung) dan jilbab (jubah)? Sungguh, Demi Allah, merekalah menjadi orang yang pertama-tama sepantasnya menunaikan perintah tersebut tanpa menyoal dan berdolak-dalih lagi. Sehinggakan langsir yang ada dikoyak terus untuk dijadikan Jilbab dan khimar. Mungkin, sekiranya masyarakat Melayu yang degil ini diperintahkan sedemikian, pasti mereka akan berkata, "err...tunggu la kejap, nak pegi tempah dulu!"
Dimanakah ukuran kebenaran yang hakiki? Adat atau Islam? Pandangan masyarakat atau Pandangan Allah??? Seorang Muslimah yang sebenar pasti akan teguh dengan identitinya sebagai seorang Muslimah yang benar-benar mahu menegakkan hukum Allah. Dia tidak akan lagi menghiraukan tuntutan adat yang jauh berbeza 100% dengan budaya Islam! Dia akan terus meyakinkan kepada sesiapa sahaja bahawa pegangan inilah pegangan yang benar, iaitu Islam. Bukannya adat yang diwaris sejak turun-temurun tanpa bersumberkan wahyu dari Ilahi...
Khatimah
Tuntunan Islam dalam masalah pakaian sebenarnya tidaklah rumit untuk difahami. Kalaupun terkesan sulit, tidak lebih dari dorongan / gejolak kebebasan diri kita. Tanpa disedari, virus kebebasan telah menjauhkan diri dari Islam. Sehingga terkesan tidak mudah untuk mengamalkan aturan Islami terutama dalam pergaulan pada saat ini. Selain itu, kebanyakan masyarakat telah jauh dari suasana yang Islami turut mempengaruhi - secara langsung atau tidak dari segi kebiasaan, tingkah laku, dan cara penilaian kita.
Perlu difahami, bahawa keadaan masyarakat akan tetap seperti ini, bahkan boleh jadi lebih buruk dari sekarang tatkala da’wah Islam masih belum berhasil. Tapi, suasana yang tidak Islami tidak boleh dijadikan hujah untuk meninggalkan syariat Islam. Kenapa ?
Pertama, kerana Allah Swt tetap meletakkan pahala dan dosa terhadap kita. Jika kita mentaati aturan -pergaulan Islam- dengan ikhlas, maka kita akan mendapat pahala, dan jika sebaliknya, kita akan mendapat dosa. Jika kita mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak Islami, maka bagaimana kita akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah? Mungkinkah masyarakat akan membela kita nantinya? sudah pasti tidak.
Kedua, keadaan masyarakat yang tidak Islami tidak boleh dijadikan sebagai standard ukur untuk menilai baik, buruk, benar dan salah, tapi syariat Islamlah yang harus dipakai sebagai ukurannya. Upaya yang mesti dilakukan saat ini, semestinya tetap sabar dalam menjalani ‘berat’nya syariat, seraya berusaha mengajak masyarakat agar bertindak sesuai dengan Islam. Caranya? Da’wah. Nah, mari kita lakukan bersama, semoga Allah meredhainya. Amin

Jangan menipu Allah dengan tudung

http://www.hanan.com.my/



Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

Gaya Tudung Siti mcm Paderi Kristian..(just nk tgur ja)   Thu May 08, 2008 11:21 pm

Tudung dan artis,satu isu yang sekian lama diperkatakan oleh ramai pihak terutama golongan agama.Isu ini menjadi hangat apabila artis menyifatkan pemakaian tudung memerlukan masa yang sesuai.Sebagai contoh,ramai artis beranggapan bahawa pemakaian tudung hanya boleh dilakukan selepas pulang dari mengerjakan umrah serta haji.

Ada juga artis yang sudah pergi ke Kota Suci masih tidak memakai tudung dengan pelbagai alasan seperti belum sampai seru,perubahan perlu secara perlahan dan saya tidak mahu hipokrit.Ayat-ayat ini sememangnya telah lama didengar sehingga masyarakat dapat menjawab sendiri jawapan persoalan ini sebelum artis menjawabnya.

Sikap artis sememangnya nyata bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.Tudung bukanlah satu perkara yang perlu dilaksanakan selepas pulang dari kota Suci tetapi merupakan kewajiban bagi setiap insan yang menganut agama Islam. Tudung bukanlah bahan untuk difesyenkan tetapi merupakan satu perintah Allah ke atas setiap Muslimat. Tetapi malangnya ramai orang beranggapan bahawa tudung perlu dipakai selepas pulang dari Makkah.Lebih malang apabila penyanyi nombor satru Malaysia,Datuk Siti Nurhaliza menyatakan bahawa dia hanya akan mengekalkan imej berselendang,

Jika kita perhatikan tindakan Siti ini,nyata ia melanggar serta mempersenda Islam.Lihat sahaja cara dia memakai tudung,amat menyerupai seorang penganut Kristian.Alahai artis Islam,mana letak agamamu?

Malah ada juga artis wanita yang bertudung namun masih tidak faham mengenai batasan aurat serta hubungan antara bukan mahram.Lihat sahaja ramai artis yang memakai tudung tetapi masih ada yang bersalaman antara lelaki dan wanita.Ada juga yang beranggapan bahawa aurat wanita hanya terletak pada rambut lalu mereka menutup rambut sahaja sehingga mendedahkan bahagian leher,dada,serta tangan mereka walhal aurat wanita meliputi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.Allah berfirman dalam Kalamullah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(surah An-Nur Ayat 31)

Dalil ini secara jelas membuktikan batasan aurat wanita dan lelaki. Selain itu, antara kesilapan artis kita ialah menutup aurat bermakna mengurangkan rezeki.Namun pernahkah kita terfikir yang memberi rezeki itu siapa?Adakah pengarah atau Allah Yang Esa?

Secara lisan saya memohon kepada artis-artis Islam yang masih berpura-pura dalam isu tudung ini,lihatlah kembali kepada dalil al-Quran dan Hadis. Janganlah anda menganggap isu penutupan aurat ini sebagai isu remeh.Carilah rezeki secara halal dan gigihlah mencari rezeki secara betul.Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar yang bermaksud :

" Bahawa Allah cinta kepada orang-orang mukmin yang berkerja (berusaha)."

Kepada artis yang memakai tudung ala agama lain,cuba renungkan dalil ini:

Sungguh kalian akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kalian selangkah demi selangkah, hingga apabila mereka memasuki lubang dhab(biawak), niscaya kalian mengikutinya. Para sahabat bertanya, apakah maksudnya orang-orang yahudi dan nasrani? Beliau berkata: siapa lagi kalau bukan mereka."(HR. Bukhari Muslim).

Akhir kalam,maafkan saya dalam menulis artikel ini namun niat hanya satu iaitu untuk menyedarkan diri saya serta insan lain.Kita semua adalah bersaudara maka wajib bagi kita menasihati saudara.Kepada artis jika anda terjumpa artikel ini,renungkan dan kembalilah kepada nilai hidup Islam yang sebenar.Akhir kata renungkan ayat ini sebagai garis panduan dalam menangani isu sosial dalam kalangan wanita Islam:

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka.Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

No comments:

Post a Comment