Monday, May 9, 2011
Sedikit Renungan Mengenai Khairat Kematian
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada para jemaah sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan Allah S.W.T. melorongkan jalan yang mudah untuk kita terus bertaqwa. Hanya dengan bekalan taqwalah, kita akan beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap manusia yang pernah hidup di dunia ini pasti akan menemui kematian. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 49:
"Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkan sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakan".
Bagi mereka telah meninggal dunia, berakhirlah semua urusan mereka di dunia ini sebaik sahaja mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Namun bagi kita yang masih hidup, berkewajipan untuk menguruskan jenazah mereka, iaitu dengan memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikan.
Namun, majoriti di kalangan ahli kariah mengambil sikap tidak ambil tahu, tidak peduli, atau tidak merasa terpanggil untuk membantu menguruskan jenazah dalam kariah mereka. Mereka menganggap tugas menguruskan jenazah adalah tugas dan tanggungjawab imam, bilal dan siak melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dan mereka fikir mereka tidak perlu melibatkan diri dalam perkara tersebut.
Sebenarnya memang begitulah realitinya. Tidak semua orang mampu, sanggtup atau mempunyai pengetahuan atau mungkin tidak berani untuk menguruskan jenazah. Ada juga yang takut melihat jenazah. Bila berlaku kematian, ramai ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai dating menziarahi jenazah. Di kalangan mereka, ada yang membaca surah yasin dan bertahlil. Tetapi ramai yang hanya duduk dan menunggu, sambil berbual-bual, tetapi alangkah baiknya kalau kita sama-sama membaca Al-Fatihah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi ataupun sama-sama membantu menguruskan jenazah, dari tugas memandi, mengkafan, menyembahyang, menggali lubang kubur serta lain-lain tugas yang berkaitan.
Hadith daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak seorang lelaki muslim yang mati yang disembahyangkan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah melainkan Allah Ta'ala memberi syafaat kepadanya."
(Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap orang daripada kita hendaklah melibatkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah ini, khususnya dalam pengurusan jenazah dengan menyertai badan khairat kematian yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid.
Antara manfaat yang akan diperolehi apabila kita menubuhkan tabung khairat kematian adalah:
Pertama :Apabila tabung khairat kematian diwujudkan, kita dapat mengamalkan sikap ta'awun atau tolong-menolong sesama kita. Apabila seseorang ahli kariah meninggal dunia, semua ahli-ahli yang lain sama-sama menanggung perbelanjaan menguruskan jenazahnya. Amalan ini sesuai dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2:
"Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah".
Kedua :Inilah yang paling penting. Dengan memberikan sumbangan kepada tabung khairat kematian, sekaligus kita turut terlibat dan menyumbang dalam menguruskan jenazah pada setiap kali berlaku kematian di kalangan ahli-ahli. Bila wang tabung khairat digunakan untuk membeli kain kafan, bermakna mereka yang menjadi ahli badan khairat sama-sama membekalkan kain kafan untuk jenazah. Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan membayar saguhati kepada petugas yang memandikan jenazah, bermakna seluruh ahli badan khairat kematian seolah-olah sama-sama memandikan jenazah. Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan menggali kubur, bermakna seluruh ahli badan khairat kematian seolah-olah sama-sama menggali kubur walaupun kita tidak memegang cangkul. Dengan lain perkataan, setiap ahli sama-sama melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah menguruskan jenazah.
Ketiga :Apabila kita mewujudkan tabung khairat kematian, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama. Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim:
"Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya".
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Keempat :Dengan menyertai badan khairat kematian, akan terlepaslah ahli berkenaan daripada berkemungkinan menanggung hutang apabila berlaku kematian. Ditakdirkan kaum keluarga si mati tidak mempunyai wang simpanan pada hari kematian, maka kaum keluarga terpaksa berhutang harga kain kafan, terpaksa menangguh bayaran saguhati petugas memandikan jenazah dan terpaksa berhutang untuk membayar upah menggali kubur. Kalau semasa hidupnya, orang yang mati itu sangat-sangat mengambil berat tidak mahu terlibat dengan hutang, amatlah malang pada saat kematiannya, ahli keluarganya terpaksa berhutang untuk menguruskan jenazahnya sendiri.
Dengan menjadi ahli badan khairat, kemungkinan keterpaksaan untuk menanggung hutang seperti ini tidak akan berlaku kerana belnja pengurusan jenazah akan ditampung dari tabung khairat. Para jemaah tentu lebih maklum apa akan berlaku kepada roh si mati jika hutangnya tidak selesai. Menurut hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Roh (orang mati) yang beriman tergantung (di awing-awang) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain)".
(Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Seandainya seseorang ahli badan khairat kematian membayar yuran untuk tempoh beberapa tahun kehadapan, takdirnya dia meninggal dunia lebih awal dari itu, bermakna masih ada baki wang yurannya dalam tabung tersebut yang sepatutnya tidak perlu dibayar. Dalam kes seperti ini, biasanya kaum keluarga ahli yang telah meninggal dunia tidak akan menuntut baki wang yuran tersebut supaya dapat dikembalikan. Wang yuran tersebut terus berada dalam tabung khairat dan apabila wang itu dikeluarkan setiap kali berlaku kematian, maka ahli berkenaan mudah-mudahan akan terus menerima pahala sedekah jariah, walaupun dia sudah meninggal dunia.
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,
Justeru, marilah sama-sama kita menyumbang kepada tabung khairat kematian sekiranya telah diwujudkan. Lebih awal kita menjadi ahli, lebih banyaklah yuran kita sumbangkan ke dalam tabung tersebut. Apabila bantuan dikeluarkan dari tabung khairat untuk menguruskan jenazah, secara langsung kita juga yang telah menjadi ahli dan membayar yuran khairat, akan sama-sama turut serta terlibat dalam pengurusan jenazah, sebagai satu cara menyempurnakan kewajipan fardhu kifayah. Ingatlah firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
"Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah".
Semoga semua amal ibadah kita diredhai dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada, maka Allah tetap akan membawa kamu sekalian (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al-Baqarah: 148)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 4 Februari 2011
p/s:
Sedikit input buat pengurusan khairat kematian ntuk dijadikan iktibar.
Topic: Khairat Kematian (facebook)
http://66.220.149.29/topic.php?uid=160101044017008&topic=213
Friday, April 22, 2011
Program Ramah Mesra Pangsapuri Kiambang 2011
Sedikit usaha anjuran Surau Al Amin Kiambang dan Persatuan Penduduk untuk menyuburkan semangat muhibbah di kalangan penduduk pangsapuri kiambang. Penduduk digalakkan membawa sumbangan berupa makan. Sumbangan boleh juga berupa wang ringgit melalui AJK Surau Al Amin Kiambang atau bantuan tenaga untuk persiapan program bermula selepas waktu Asar. Sila war-warkan kepada tetangga dan sahabat anda. Sekian, terima kasih.
Tuesday, April 19, 2011
Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... (Muhasabah)
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Kredit buat:
SYAH N ASSOCIATES SDN BHD (885836-T) www.syahnassociates.com
No. 4 Jalan Kristal Satu 7/76A, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hp. +603 019 268 9822 – Fax. +603 5510 9822 – Email. syah@syahnassociates.com

Monday, April 11, 2011
Zina; Punca, Kesan & Hukum
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد
Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT.
{ وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا }
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa: 32]
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan: “Janganlah kamu berzina” yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. [Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253]
Yakni: Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubung dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. [Al-Aluwsiy, Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68, Tafsir al-Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33]
Maksud:
1) Faahisyah: Maksiat yang sangat buruk dan keji.
2) Saa’a sabiila: Jalan yang buruk. kerana akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.
Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahawa zina termasuk Al-Kabaa’ir (dosa-dosa besar) berdasarkan ayat di atas dan sabda Nabi saw yang mulia.
Fakta:
• Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan.
• Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008.
• Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299. [BH, 29/10/08].
• Maka secara purata:
kira-kira 28,000 lebih kes berlaku dalam setahun.
2,500 kes dalam sebulan.
78 kes dalam sehari!
Satu kes pendaftaran bagi setiap 17min 17saat.
Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi-bayi yang dibuang/bunuh begitu sahaja, samada yang dijumpai atau yang tidak dijumpai? Wallahua’lam.
Bagaimana pula agaknya, jika dibayangkan dengan aktiviti zina yang tidak menyebabkan kehamilan? Berapa ramai agaknya jika kita andaikan, sekadar andaian sahaja, jika 1 kehamilan tersebut adalah nisbah bagi hasil daripada 10 perzinaan? Tentu jumlah yang terhasil adalah lebih besar, iaitu kira-kira:
780 kes zina dalam sehari, atau
lebih 280,000 kes zina dalam setahun, atau
lebih 2.5 juta kes zina antara 2000-2008!!!
((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ)) [رواه مسلم]
يقول الشاعر: أصونُ عِرضِي بمالي لا أبدّدُه – لا بارك الله بعدَ العرضِ في المال.
Menjaga Kehormatan Diri, keturunan termasuk dalam perkara asas (Adh-Dharuriyyat) yang wajib dijaga.
Tanda-tanda Kiamat:
1-Akhir Zaman dan Bahaya Zina, Penzina serta Anak Zina:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا)). رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. [HR: Al-Bukhari no. 78, Muslim no. 4824]
Huraian Hadis:
Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda:
{ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ يَظْهَرُ الزِّنَا، وَالرِّبَا، وَالْخَمْرُ }
[رواه الطَّبَرَانِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ. الزواجر عن اقتراف الكبائر].
Maksudnya: “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”.
Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya.
Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya (walaupun mereka memiliki sijil pengajian Islam).
2- Banyak Anak Zina Dilahirkan:
Ummul Mukminin Maimunah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ مَيْمُونَةَ ل عن النبي : ((لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ)) رواه أحمد “حسن”.
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” [Riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya Hasan]
3- Berzina secara terangan:
Maka, benarlah sabda Nabi SAW bahawa tanda hampirnya kiamat ialah banyaknya berlaku perzinaan. Kes-kes zina pada yang asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan tidak lagi dilakukan secara tersembunyi tetapi secara terang-terangan.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:
عن عبد الله بن عمرو قال: ((لا تقوم الساعة حتى يتسافدوا في الطريق تسافد الحمير)) قلت: إن ذلك لكائن؟ قال: ((نعم؛ ليكوننّ)) [السلسلة الصحيحة - مختصرة – رقم: (2724) (صحيح)
ومعنى: (يتسافدون ويتهارجون: أي يجامع الرجال النساء بحضرة الناس كما يفعل الحمير ولا يكترثون لذلك]
Maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih]
Jika ramainya penzina dan anak zina, maka munasabahlah dengan perkhabaran Nabi SAW, bahawa kiamat dibangkitkan (berlaku) hanya ke atas orang-orang keji dan tidak mengenal Allah SWT.
4- Remaja dan Gejala Zina:
Gejala zina di kalangan remaja di negara kita pada hari ini berada dalam tahap yang sangat membimbangkan. Ada remaja yang masih dibangku sekolah lagi mengaku telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas (berzina) dengan teman perempuan. Bagaimana agaknya dengan yang tidak mengaku?
Sekarang pula sudah ada cadangan untuk mengadakan sekolah khas untuk ibu mengandung luar nikah, maka jangan terkejut hari ini kalau anda menemui sekolah yang peratus besar pelajarnya adalah anak zina!
Antara Punca / sebab:
Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang muslim sejati.
Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada:
1) Gaya hidup meniru orang barat / kafir.
2) Institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri.
3) Masyarat yang tak peduli dengan suasana persekitaran.
Begitu ramai remaja/pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya.
Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat, berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual, bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet, handphone serta lain-lain media.
Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpasangan dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini.
Penyakit SMS / Facebook:
عن أبي هُرَيْرَةَ عن النبي : ((كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ: يَا فُلانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ)). رواه البخاري.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: ((Setiap umatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang menampakkan (menunjuk-nunjuk) kejahatannya sendiri. Dan sesungguhnya termasuk dari mereka yang menampakkan (keburukan sendiri) itu ialah jikalau seseorang melakukan sesuatu perbuatan (dosa) di waktu malam, kemudian tiba waktu pagi, sedangkan Allah telah menutupi keburukannya itu, tiba-tiba dia mengatakan pada paginya itu: “Wahai Fulan, malam tadi aku melakukan demikian, demikian.” Orang itu pada malamnya telah ditutupi dosanya oleh Allah, tetapi pada waktu pagi dia telah membuka apa yang ditutupi Allah kepadanya itu.)) [HR Bukhari dan Muslim]
Faktor Keluarga / Masyarakat yang langsung tak ambil peduli; nafsi! Nafsi..
Mungkin disebabkan kerana kejahilan atau membuta tuli kepada apa yang berlaku, dalam ertikata lain sudah “mati perasaan” “tidak ada sifat ghirah” “Amar Ma’ruf nahi mungkar” hanya tugas Pejabat agama! Dll.
ولقد كان أصحاب رسول الله من أشد الناس غيرة على أعراضهم، روي عن رسول الله أنه قال يومًا لأصحابه: ((إن دخل أحدكم على أهله ووجد ما يريبه أَشْهَدَ أربعًا. فقام سعد بن معاذ متأثرًا فقال يا رسول الله: أأدخل على أهلي فأجد ما يريبني انتظر حتى أشهد أربعًا؟! لا والذي بعثك بالحق!! إن رأيت ما يريبني في أهلي لأطيحنَّ بالرأس عن الجسد ولأضربنَّ بالسيف غير مصفح [أي بحدّه لا بعرضه] وليفعل الله بي بعد ذلك ما يشاء. فقال: ((أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ، لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ وَاللهُ أَغْيَرُ مِنِّي))؛ ومن أجل غيرة الله حرَّم الفواحش ما ظهر منها وما بطن…)) الحديث، أصله في الصحيحين. [البخاري: (6846)، ومسلم: (1498)].
يقول ابن القيم رحمه الله: (إذا رحلت الغيرة من القلب ترحَّلت المحبة، بل ترحل الدين كله).
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((ثَلاثَةٌ لا يَنْظُرُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ. وَثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمُدْمِنُ عَلَى الْخَمْرِ، وَالْمَنَّانُ بِمَا أَعْطَى)) رواه النسائي وأحمد “سنده حسن”. شرح سنن النسائي: (الْمُتَرَجِّلَة) الَّتِي تَتَشَبَّهُ بِالرِّجَالِ فِي زِيِّهِمْ وَهَيْئَاتهمْ. فَأَمَّا فِي الْعِلْم وَالرَّأْيِ فَمَحْمُودٌ. (وَالدَّيُّوث) وَهُوَ الَّذِي لا غَيْرَة لَهُ عَلَى أَهْلِهِ.
Zina: Dosanya, Hukumannya Di Dunia Di Dalam Syari’at Allah Dan Azabnya di Akhirat
1. Zina Adalah Satu Dosa Besar:
Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)”. [Al-Israa: 32]
Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.
2. Dicabut Iman darinya:
عن أَبَي هُرَيْرَةَ قَالَ
((إِذَا زَنَى الرَّجُلُ خَرَجَ مِنْهُ الإِيمَانُ كَانَ عَلَيْهِ كَالظُّلَّةِ، فَإِذَا انْقَطَعَ رَجَعَ إِلَيْهِ الإِيمَانُ))
Maksudnya: “Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” [HR: Abu Daud: No. 4690, melalui Abu Hurairah “Sahih”]
Berkata Ibnu Abbas ra: “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina”. [Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59]
Sabda Nabi SAW.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ : ((لا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ)) رواه البخاري.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Telah bersabda Nabi SAW, “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang ramai) melihat kepadanya dengan mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada ketika dia seorang mukmin”. [HR: Al-Bukhari no. 2475 dan Muslim]
Maksud dari hadis yang mulia ini ialah:
Pertama: Bahawa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya.
Kedua: Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah kesempurnaan iman dari dirinya”. [Lihat syarah hadis ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah Muslim Juz.2 m/s: 41-45, Imam An-Nawawi]
Di antara sifat “Ibaadur Rahman” [Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68] ialah: ‘Tidak berzina’. Maka apabila seorang itu melakukan zina, nescaya hilanglah sifat-sifat mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya.
3. Jenayah zina orang tua / sudah berkahwin:
Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang sudah tua, maka dosanya akan lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia SAW.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : ((ثَلاثَةٌ لا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلا يُزَكِّيهِمْ. قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ: وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ: شَيْخٌ زَانٍ، وَمَلِكٌ كَذَّابٌ، وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka seksa yang sangat pedih, iaitu; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [HR: Muslim]
Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah bernikah atau pernah merasakan nikah yang sah, baik sekarang ini sebagai suami atau isteri atau duda atau janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal dengan perbuatan mereka, iaitu dirotan sebanyak seratus kali kemudian direjam sampai mati atau cukup direjam saja.
Adapun bagi lelaki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya dirotan seratus kali kemudian diasingkan (dibuang daerah) selama satu tahun.
Peringkat Dosa Besar Zina;
Dengan melihat kepada perbezaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan berbeza juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa dilakukannya.
4. Zina dengan saudara / jiran:
الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ يَقُولُ: قَالَ لأَصْحَابِهِ: مَا تَقُولُونَ فِي الزِّنَا؟ قَالُوا: حَرَّمَهُ اللهُ وَرَسُولُهُ، فَهُوَ حَرَامٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ لأَصْحَابِهِ: ((لأَنْ يَزْنِيَ الرَّجُلُ بِعَشْرَةِ نِسْوَةٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَزْنِيَ بِامْرَأَةِ جَارِهِ)) قَالَ: فَقَالَ مَا تَقُولُونَ فِي السَّرِقَةِ؟ قَالُوا: حَرَّمَهَا اللهُ وَرَسُولُهُ فَهِيَ حَرَامٌ. قَالَ: ((لأَنْ يَسْرِقَ الرَّجُلُ مِنْ عَشْرَةِ أَبْيَاتٍ أَيْسَرُ عَلَيْهِ مِنْ أَنْ يَسْرِقَ مِنْ جَارِهِ)) مسند أحمد، صحيح الجامع.
Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu berzina dengan isteri jirannya, masuklah dia ke dalam sebesar-besar dosa besar. Lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, anak sendiri, anak saudara, ibu saudara dan lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh. [Lihat: Tafsir Ibnu Katsir surah An-Nisaa ayat 22]
5. Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:
((إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ، فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذََابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ)) رواه الطبراني والحاكم.
Maksudnya: “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. [Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya].
6- Berbagai bala dan bencana di Dunia:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ:
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ! خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛
1) لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2) وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ، وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ، وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3) وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4) وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ، فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5) وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ، وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ)) [رواه ابن ماجه - (صحيح)]
7- Implikasi zina terhadap tubuh badan.
Zina adalah suatu jenayah mungkar dan perilaku buruk yang telah Allah swt tetapkan baginya hukuman dunia dan balasan akhirat. Malah seorang penzina lazimnya tidak terselamat daripada pelbagai penyakit yang membinasakan sebagai hukuman Ilahi.
Telah terbukti bahawa zina adalah punca kepada beberapa penyakit kronik dan merbahaya, antaranya;
1. HIV/Aids: Ia adalah satu penyakit yang melemahkan daya ketahanan (antibodi) tubuh badan dalam melawan jangkitan kuman serta menyebabkan penyakit kronik yang membawa maut kepada penghidapnya. Ianya berpindah melalui penzinaan, dari lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Sehingga ke hari ini ubat untuk penyakit ini masih dalam kajian.
2. Sifilis: Ia adalah sejenis bakteria yang menjangkiti anggota kelamin dan anggota-anggota lain bagi kaum lelaki dan wanita. Ia akan merebak menjadi penyakit kulit pada seluruh badan. Ia juga boleh menyerang anggota saraf dan saluran darah ke otak .
3. Gonorrhoea: Penyakit ini akan menyebabkan anggota kelamin mengeluarkan cecair bernanah akibat jangkitan kuman terhadap anggota kelamin lelaki dan juga wanita. Jika berpanjangan ia akan menumbuhkan bisul (ulcers tumours) dan pengeluaran nanah yang boleh menyebabkan kemandulan bagi lelaki dan wanita.
Beberapa penyakit lain yang masyhur akibat hubungan seks dan menular melaluinya: Herpes Genital, jangkitan seumur hidup yang menyebabkan melecet-luka pada alat kelamin yang biasanya hilang dan muncul semula. Kutil di kelamin (Genital wart), Hepatitis B, Kanser prostat, Kanser Serviks (leher rahim) dan sebagainya.
Sangat penting mengetahui bahawa hubungan seksual bukan hanya sekadar hubungan intim. Hubungi seksual seperti ciuman, oral seks, melalui dubur dan penggunaan alat bantu seks seperti vibrator juga berisiko menyebarkan virus.
Disebabkan pelbagai implikasi buruk, berbagai-bagai penyakit dan juga bencana-bencana ini, maka Allah swt telah mengharamkan amalan ini sebagai suatu rahmat dan hidayah petunjuk kepada manusia untuk melalui jalan-jalan kebaikan, sumber kejayaan dan keselamatan terhadap agama, masyarakat, diri dan tubuh badan.
8- Kesan Terhadap Keturunan:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ حِينَ نَزَلَتْ آيَةُ الْمُتَلاعِنَيْنِ: ((أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَدْخَلَتْ عَلَى قَوْمٍ مَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ فَلَيْسَتْ مِنْ اللَّهِ فِي شَيْءٍ، وَلَنْ يُدْخِلَهَا اللَّهُ جَنَّتَهُ. وَأَيُّمَا رَجُلٍ جَحَدَ وَلَدَهُ وَهُوَ يَنْظُرُ إِلَيْهِ، احْتَجَبَ اللهُ مِنْهُ وَفَضَحَهُ عَلَى رُءُوسِ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ)). [رواه داود. ضعيف الجامع]
حاشية السندي: قَوْله (فَلَيْسَتْ مِنْ اللَّه فِي شَيْء) مِنْ دِينه أَوْ مِنْ رَحْمَته وَهَذَا تَغْلِيظ لِفِعْلِهَا.
9- Lebih Teruk Dari Haiwan:
Haiwan tidak melakukan zina sebagaimana dalam kisah monyet menjatuhkan hukuman rejam ke atas penzina.
عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ قَالَ: (رَأَيْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَةٌ قَدْ زَنَتْ فَرَجَمُوهَا فَرَجَمْتُهَا مَعَهُمْ) رواه البخاري.
فتح الباري لابن حجر: قَوْله: (رَأَيْت فِي الْجَاهِلِيَّة قِرْدَة) بِكَسْرِ الْقَاف وَسُكُون الرَّاء وَاحِدَة الْقُرُود، وَقَوْله: “اِجْتَمَعَ عَلَيْهَا قِرَدَة” بِفَتْحِ الرَّاء جَمْع قِرْد، وَقَدْ سَاقَ الإِسْمَاعِيلِيّ هَذِهِ الْقِصَّة مِنْ وَجْه آخَر مُطَوَّلَة مِنْ طَرِيق عِيسَى بْن حِطَّان عَنْ عَمْرو بْن مَيْمُون قَالَ: “كُنْت فِي الْيَمَن فِي غَنَم لأَهْلِي وَأَنَا عَلَى شَرَف، فَجَاءَ قِرْد مِنْ قِرَدَة فَتَوَسَّدَ يَدهَا، فَجَاءَ قِرْد أَصْغَر مِنْهُ فَغَمَزَهَا، فَسَلَّتْ يَدهَا مِنْ تَحْت رَأْس الْقِرْد الأَوَّل سَلا رَفِيقًا وَتَبِعَتْهُ، فَوَقَعَ عَلَيْهَا وَأَنَا أَنْظُر، ثُمَّ رَجَعَتْ فَجَعَلَتْ تُدْخِل يَدهَا تَحْت خَدّ الأَوَّل بِرِفْقٍ، فَاسْتَيْقَظَ فَزِعًا، فَشَمَّهَا فَصَاحَ، فَاجْتَمَعَتْ الْقُرُود، فَجَعَلَ يَصِيح وَيُومِئ إِلَيْهَا بِيَدِهِ، فَذَهَبَ الْقُرُود يَمْنَة وَيَسْرَة، فَجَاءُوا بِذَلِكَ الْقِرْد أَعْرِفهُ، فَحَفَرُوا لَهُمَا حُفْرَة فَرَجَمُوهُمَا، فَلَقَدْ رَأَيْت الرَّجْم فِي غَيْر بَنِي آدَم”.نسأل الله السلامة والعافية.
10- Fahisyah adalah hutang yang bertangguh.
هذه قصيدة جميلة للإمام الشافعى فى التعفف يقول:
عِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُم في المَحرَمِ …… وتَجَنَّبُوا ما لا يَليقُ بمُســلِم
إن الزنا دَيْنٌ فإن أقرضتَهُ …… كان الوفَا مِن أهلِ بيتكَ فاعلَــمِ
يا هاتكاً حرم الرجال وقاطعا …… سبل المودة عشت غير مكـرم
لو كنت َ حرا من سلالة ماجِد …… ما كنتَ هتاكا لحرمة مسـلمِ
مَن يَزْنِ يُزْنَ بِهِ ولو بِجِدَارِهِ ….. إن كنتَ يا هذا لبيبًا فَافْهَـــمِ
من يزن في قوم بألفي درهم ….. يزن في أهل بيته ولو بالدرهـم
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رفعه: ((بَرُّوا آباءَكُمْ تَبَرُّكُمْ أَبْنَاؤُكُمْ، وَعِفُّوا تَعِفُّ نِسَاؤُكُمْ))
المعجم الكبير للطبراني: [(ضعيف) انظر حديث رقم: 2329 في ضعيف الجامع].
وقال ابن الجوزي في صيد الخاطر: “مَا نَزَلَتْ بِي آفَةٌ، وَلا غَمٌّ، وَلا ضِيقُ صَدْرٍ، إلا بِزَلَلٍ أَعْرِفُهُ، حَتَّى يُمْكِنَنِي أَنْ أَقُولَ هَذَا بِالشَّيْءِ الْفُلانِيِّ، وَرُبَّمَا تَأَوَّلْت تَأْوِيلا فِيهِ بُعْدٌ، فَأَرَى الْعُقُوبَةَ. [غذاء الألباب في شرح منظومة الآداب].
Hukuman Di Dunia:
تفسير ابن كثير: سورة النور، وهي مدنية. بسم الله الرحمن الرحيم. {سُورَةٌ أَنزلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (1) الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (2)}
يقول تعالى: هذه {سُورَةٌ أَنزلْنَاهَا} فيه تنبيه على الاعتناء بها ولا ينفى ما عداها. {وفرضناها} قال مجاهد وقتادة: أيْ بيّنا الحلال والحرام والأمر والنهي، والحدود. وقال البخاري: ومن قرأ “فَرَضْناها” يقول: فَرَضْنا عليكم وعلى من بعدكم . {وَأَنزلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ} أي: مفسَّرات واضحَات، {لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ}.
ثم قال تعالى: {الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ} هذه الآية الكريمة فيها حكم الزاني في الحد، وللعلماء فيه تفصيل ونزاع؛ فإن الزاني لا يخلو إما أن يكون بكرًا، وهو الذي لم يتزوج، أو محصنا، وهو الذي قد وَطِئَ في نكاح صحيح، وهو حر بالغ عاقل. فأما إذا كان بكرًا لم يتزوج، فإن حدَّه مائة جلدة كما في الآية ويزاد على ذلك أن يُغرّب عاما عن بلده عند جمهور العلماء، خلافا لأبي حنيفة، رحمه الله؛ فإن عنده أن التغريبَ إلى رأي الإمام، إن شاء غَرَّب وإن شاء لم يغرِّب .
وحجة الجمهور في ذلك ما ثبت في الصحيحين، من رواية الزهري، عن عُبَيْد الله بن عبد الله بن عُتبة بن مسعود، عن أبي هريرة وزيد بن خالد الجُهَنيّ، جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللهِ، فَقَامَ خَصْمُهُ فَقَالَ: صَدَقَ، اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللهِ. فَقَالَ الأَعْرَابِيُّ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا، فَزَنَى بِامْرَأَتِهِ فَقَالُوا لِي عَلَى ابْنِكَ الرَّجْمُ، فَفَدَيْتُ ابْنِي مِنْهُ بِمِائَةٍ مِنْ الْغَنَمِ وَوَلِيدَةٍ، ثُمَّ سَأَلْتُ أَهْلَ الْعِلْمِ فَقَالُوا: إِنَّمَا عَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. فَقَالَ النَّبِيُّ : لأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللهِ، أَمَّا الْوَلِيدَةُ وَالْغَنَمُ فَرَدٌّ عَلَيْكَ، وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ. اغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا، فَإِنْ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا. قَالَ: فَغَدَا عَلَيْهَا فَاعْتَرَفَتْ، فَأَمَرَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ فَرُجِمَتْ “. [صحيح البخاري برقم (2314، 6633) وصحيح مسلم برقم (1697)]. ففي هذا دلالة على تغريب الزاني مع جلد مائة إذا كان بكرا لم يتزوج.
فأما إن كان محصنا فإنه يرجم، كما قال الإمام مالك: حدثني ابن شهاب، أخبرنا عبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود، أن ابن عباس أخبره أن عمر قام فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: أما بعد، أيها الناس، فإن الله بعث محمدًا بالحق، وأنزل عليه الكتاب، فكان فيما أنزل عليه آية الرجم، فقرأناها وَوَعَيْناها، وَرَجمَ رسول الله وَرَجمْنا بعده، فأخشى أن يطول بالناس زمان أن يقول قائل: لا نجد آية الرجم في كتاب الله، فيضلوا بترك فريضة قد أنزلها الله، فالرجم في كتاب الله حق على من زنى، إذا أحصن، من الرجال والنساء، إذا قامت البينة، أو الحبل، أو الاعتراف. أخرجاه في الصحيحين من حديث مالك مطولا وهذا قطعة منه، فيها مقصودنا هاهنا. [الموطأ (2/822) وصحيح البخاري برقم (6829،6830) وصحيح مسلم برقم (1691) وهو عندهما بهذا السياق من حديث ابن شهاب الزهري.].
Antara Cara Mengatasi:
Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW, iaitu:
i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali ra, berkata:
عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ؟ فَقَالَ: ((اصْرِفْ بَصَرَكَ)).
“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” [HR Abu Daud: Sahih].
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ : ((لا تُتْبِعْ النَّظَرَ النَّظَرَ؛ فَإِنَّ الأُولَى لَكَ وَلَيْسَتْ لَكَ الأَخِيرَةُ)) رواه أحمد
Sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib RA: “Wahai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.” [HR Ahmad].
ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan Syara’. Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
((قَالَ لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ)) رواه الترمذي “صحيح”.
Maksudnya: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.” [HR al-Tirmizi “Sahih”]
iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak Syara’, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda:
((مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ)) رواه البخاري.
Maksudnya: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.” [HR al-Bukhari dan Muslim).
iv. Banyak berdoa kepada Allah SWT.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَدْعُو وَيَقُولُ: ((اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ)) رواه البخاري.
Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini. Janganlah sekali-sekali mendekati zina walaupun unsur-unsurnya yang kecil sekalipun, dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat.
v. Berkahwin.
Firman Allah SWT:
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (النور: 32).
Maksudnya: {Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.} [An-Nur: 32]
Sabda Rasulullah saw:
«النكاح من سنتي، فمن لم يعمل بسنتي فليس مني، وتزوَّجوا فإني مكاثر بكم الأمم،
ومن كان ذا طول فلينكح، ومن لم يجد فعليه بالصِّيام، فإن الصَّوم له وجاء».
Maksudnya: “Perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku. Berkahwinlah! Kerana melalui kamu bilangan umatku mengatasi bilangan umat yang lain. Sesiapa yang mampu hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat mengawal hawa nafsunya.” [HR: Ibnu Majah No. 1846, Sahih Al-Jami’ No. 6807 “Sahih”].
ِ
Akhukum,
Abu Anas Madani. 22 Feb 2011.

Saturday, November 13, 2010
Ibadah Korban
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah"
Al-Kautsar:2
"Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban"
Hadith Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
"Barang siapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak menyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati msjidku"
Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
"Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui Siratul Mustaqim"
Maksud Hadith.
"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelematkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat"

Saturday, October 16, 2010
Waktu-waktu mustajab Berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu
paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan
doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Wasitoh yang benar
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
KITA masih menumpang teduhan perbahasan kitab Mafahim Yajib an Tusohhah karya Al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki tentang kedudukan wasitoh atau perantaraan dalam hubungan kita dengan Allah SWT.
Kali ini kita melihat pula wasitoh yang benar dan dibolehkan dalam Islam. Ini perlu diberi perhatian dengan sebenar-benarnya kerana ramai umat Islam yang tidak memahaminya dengan baik.
Pertamanya, perhatikanlah bahawa ketika Allah SWT menyuruh umat Islam menghadap ke Kaabah ketika solat, maka mereka pun menghadap ke arah Kaabah ketika beribadah dan menjadikan kaabah sebagai kiblat.
Ini bukanlah penyembahan kepada kaabah. Begitu juga mencium Hajar al-aswad. Perbuatan tersebut dilakukan semata-mata ubudiah (bentuk penghambaan) kepada Allah SWT dan mengikut perbuatan Nabi Muhammad SAW.
Seandainya ada umat Islam yang berniat menyembah Kaabah dan Hajar al-aswad, sudah pasti mereka menjadi orang yang mensyirikkan Allah seperti para penyembah berhala.
Tidak dapat tidak, wasitoh itu perlu dalam ibadat dan ia tidak termasuk dalam perbuatan syirik. Tidaklah setiap orang yang menggunakan wasitoh di antara dia dan Allah menjadi musyrik.
Jika setiap orang yang menggunakan wasitoh dianggap musyrik, pasti seluruh manusia akan menjadi musyrik, kerana segala urusan umat Islam itu terbina di atas jalan wasitoh.
Bukankah Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran melalui wasitoh (perantaraan) Jibril a.s? Maka, Jibril menjadi wasitoh bagi Nabi Muhammad SAW dan baginda pula menjadi wasitoh terbesar bagi para sahabatnya r.a.
Para sahabat sering menemui Rasulullah SAW ketika menghadapi pelbagai kesulitan untuk mengadu keadaan mereka.
Mereka juga sering bertawassul dengan baginda SAW kepada Allah dan memohon doa daripadanya.
Namun, Rasulullah SAW tidak pernah berkata kepada mereka: "Kalian telah melakukan perbuatan syirik dan menjadi kafir, kerana tidak boleh seorang itu mengadu kepadaku dan tidak boleh memohon doa daripadaku. Kamu sendiri yang harus pergi menghadap Allah, berdoa dan memohon kepadaNya secara langsung akan segala keperluanmu, kerana sesungguhnya Allah SWT lebih dekat kepadamu daripadaku! Tidak sama sekali!"
Rasulullah tidak pernah berkata begitu. Malahan, baginda menunaikan permintaan mereka dan memohon kepada Allah dalam keadaan para sahabat r.a mengetahui bahawa pemberi (al-Mu'ti) sebenarnya adalah Allah SWT, pencegah daripada memberi (al-Maani'), yang melapangkan rezeki (al-Baasit) dan pemberi rezeki (al-Razzaq) hanyalah Allah SWT.
Mereka juga yakin, bahawa Rasulullah memberi hanyalah dengan izin dan kurniaan Allah. Bahkan, Rasulullah sendiri pernah menegaskan: "Aku hanyalah pembahagi (yang mengagih-agihkan), sedangkan Allahlah yang mengurniakannya."
Maka dengan ini jelaslah, bahawa adalah harus mana-mana manusia biasa itu disifatkan atau dikatakan bahawa 'Dia yang telah melepaskan kesusahan', 'Dia yang telah menunaikan hajat' dan lain-lainnya.
Maksudnya, dia menjadi perantara dalam menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Apatah lagi penghulu yang mulia, nabi yang paling utama, penghulu dua alam kejadian dan penghulu bagi golongan jin dan manusia.
Sumber and kredit kepada:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

Subscribe to:
Posts (Atom)